Monday, April 28, 2014

28hb April 2014 Hadis - Ust Fazlul

28hb April 2014
Hadis - Ust Fazlul


RUMUSAN

Marilah kita semua niatkan segala perbuatan dalam setiap saat kehidupan kita hanya semata-mata kerana Allah Taala.--Ustaz Fazlul

Dari Amirul Mukminin Abu Hatsn 'Umar bin Khaththab bin Nufail bin 'Abdul 'Uzza bin Riyah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin 'Ady bin Ka'b bin Luayy bin Ghalib Al Quraisy Al A'dawy r.a berkata "Saya mendengar Rasulullah

SAW bersabda : "Bahawasanya semua amal itu bergantung niatnya, dan bahawasanya apa yg diperoleh oleh seseiring adalah sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrah kerana Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya itu akan diterima oleh Allah dan Rasul Nya, dan barangsiapa yang hijrahnya mencari dunia atau kerana wanita yang akan dinikahinya maka hijrahnya itu hanya memperoleh apa yg diniatkannya dalam hijrahnya itu". (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Islam terbahagi kpd 2
    •Zahir (Amalan)
    •Batil (Niat)

-Hadis ini menyentuh tentang niat.
-Hadis ini mengandungi 1/3 ilmu.

-Ilmu seseorang terbahagi kepada ;
  •Hati
  •Anggota badan
  •Perbuatan

-Imam Nawawi r.a memulakan sekurang-kurangnya 3 daripada kitabnya dengan hadis ini.
-Niat mesti suci semata mata kerana Allah.

-Sebab hadis ini dikeluarkan adalah kerana seorg lelaki yg telah melamar seorang perempuan tetapi lamarannya ditolak oleh perempuan itu kerana lelaki itu belum berhijrah ke Madinah dan menyahut seruan Allah dan Rasul Nya. Maka lelaki itu pun berhijrah ke Madinah kerana perempuan itu, bukan kerana Allah dan Rasul Nya. Lelaki itu berjaya menikahi perempuan itu tetapi hijrahnya tidak mendapat apa2 kerana hijrahnya bukan kerana Allah dan Rasul Nya.

-Semua amalan berdasarkan niat. Apa yg diniatkan, itu lah yg menjadi tujuan.

-Niat terbahagi kpd 2 ;
     •Niat untuk menentukan jenis-jenis ibadat/amalan
     •Niat yang menumpukan semata mata hanya kerana Allah. Ini adalah niat yg ikhlas.

-Niatkan segala galanya kerana Allah maka semua perbuatan/amalan kita menjadi ibadat disisi Allah dan akan dapat pahala.

-Niat adalah lintasan di dalam hati bukan dilafazkan dengan kata-kata. Perkara niat ini adalah perkara yg sangat mudah.

TINGKATAN HAMBA2 ALLAH terbahagi kpd 3 ;

1-Melaksanakan ibadat, niat kerana ingin masuk syurga.
  •Tidak salah kerana memang itu yg dijanjikan oleh Allah tetapi kadang kala mudah lalai dan ada kekurangan dari segi senang diganggu oleh syaitan sgn sifat riak, ujub, takbur.

2-Melaksankan ibadat krn niat nak hidayah dan petunjuk dr Allah.
•Mereka yg bersungguh2 melakukan ibadat, Allah akan tunjuk dan beri hidayah kepada mereka.

3-Melaksanakan segala galanya semata mata kerana Allah.
•Ini adalah tingkatan yg tertinggi yg ada pada para kekasih Allah, para sahabat Nabi, para tabi'in. Kita juga tidak mustahil utk ke tahap ini.

-Hadis ini juga menyentuh soal amalan iaitu amal yg soleh.
-Amal soleh ialah bukti keimanan kita kepada Allah dgn menjalankan segala perintah Allah.

-Lapan (8) amal soleh yg wajib dilaksanakan oleh org Islam.
  1-Taubat
  2-Mengabdikan diri kepada Allah
  3-Memuji Allah. Bersyukur kpd Allah
  4-Mengembara mencari ilmu, melaksanakan kebajikan, menyebarkan ilmu
  5-Ruku'
  6-Sujud
     •Melaksankan perintah Allah, tidak mensyirik kan Allah.
  7-Melaksanakan Amar Maaruf Nahi Mumgkar
  8-Memelihara hukum2 Allah.


-Ada org yg bergantung pada amalannya tetapi tidak bergantung kpd Allah. Org spt ini apabila terjadi sesuatu, dia akan mudah putus asa dan kecewa

-Jika berhijrah kerana Allah dan Rasul Nya, maka akan dapat Allah dan Rasul. Jika berhijrah kerana dunia, maka akan dpt dunia tetapi tidak akan mendapat keredhaan Allah
.

No comments:

Post a Comment