Thursday, March 27, 2014

27hb Mac 2014 Sirah-Ust Rahim Nasir

27hb Mac 2014
Sirah-Ust Rahim Nasir

- Mengingati Rasulullah SAW bkn sekadar slogan2 yg ditulis di atas sepanduk2. Tetapi kita perlu belajar mengenali Rasulullah SAW dgn mempelajari Sirah baginda supaya kita dapat mengenali islam yg benar dan supaya kita dpt lakukan apa yg Rasulullah SAW dan para sahabat baginda lakukan di zaman baginda dulu.

-Para sahabat bermati matian mengikut sunnah Rasulullah tanpa ada rasa berbelah bagi.

-Sedikit info berkenaan akhlak baginda Rasulullah SAW. Anas Bin Malik adalah sahabat baginda yg telah berkhidmat kepada baginda Rasulullah dan Anas Bin Malik mengatakan selama 10 tahun itu, sekalipun baginda tidak pernah marah pada Anas Bin Malik.

Wednesday, March 26, 2014

26hb Mac 2014 Fekah 1 - Ust Fadli

26hb Mac 2014
Fekah 1 - Ust Fadli

BAB AIR
Hadis 5
Disebutkan dari Abdullah Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda apabila kapasiti air mencapai dua kolah tidak mengandungi najis. Namun menurut redaksi(riwayat) yg lain disebutkan tidak najis. Hadis diketengahkan oleh Arba'ah, dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim dan Ibnu Hibban.

-Apabila air melebihi dua kolah, maka air itu tidak akan menajiskan dan dinajiskan.
-Mengikut pandangan Imam Syafie, tidak kira air itu 


Monday, March 24, 2014

24hb Mac 2014 Hadis - Ust Fazlul

24hb Mac 2014
Hadis - Ust Fazlul

Allah Taala Berfirman,
"Tolong menolonglah kamu sekalian dalam kebajikan dan takwa" (Al-Maidah, 5:2)

Allah memerintahkan supaya tolong menolong dlm perkara kebaikan dan ketakwaan. Allah ingatkan supaya jangan tlg menolong dlm perkara maksiat dan membawa ke jalan dosa.

Lelaki dan perempuan yg beriman, saling tolong menolong dan bekerjasama dalam melaksankan perkara2 kebaikan dan ketakwaan adalah melaksanakan jihad ke jalan Allah dan ini adalah kerjasama yg besar disisi Allah.

Tuesday, March 18, 2014

18hb Mac 2014 Tauhid 2 - Ust. Yunus

18hb Mac 2014
Tauhid 2 - Ust. Yunus

- Perlu beradab dengan keluarga dan keturunan Nabi Muhammad SAW.
- Rasulullah pernah bersabda siapa yg bertakwa kepada Baginda adalah keluarga Baginda.
- Mereka (sahabat2 Rasulullah) dapat petunjuk dari dalil-dalil Rasulullah SAW.
- Kekuatan ilmu Islam adalah berdasarkan hadis.
- Umat 3 kurun pertama adalah umat yg terbaik.
- Imam Syafi'e duduk di kurun yg ke-3.
- Sunat menyebut Ammaba' jika nak memulakan sesuatu tulisan/penyampaian. Cth : Meeting.


Monday, March 17, 2014

17hb Mac 2014 Kelas Talaqqi MAR - Hadis (Ust. Fazlul)

17hb Mac 2014
Kelas Talaqqi MAR - Hadis (Ust. Fazlul)


"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan didunia ini bagaikan air yg Kami turunkan dari langit, maka tumbuh karenanya tumbuh tumbuhan bumi yg dpt di mkn oleh manusia dan ternak. Dan ketika bumi telah dihias indah sehingga penduduknya mengira telah berkuasa sepenuhnya tiba2 datanglah bencana yg Kami turunkan di waktu malam atau siang hari, maka Kami jadikan semua bangunan itu bagaikan tersapu bersih, bagaikan tanaman yg telah habis diketam, seolah olah kemarinnya memang tidak ada apa2. Demikianlah Kami menjelaskan tanda2 kekuasaan bagi mereka yg berfikir" (Yunus, 10 : 24)


Wednesday, March 12, 2014

12hb Mac 2014 Fekah 2 - Ustaz Fadli

12hb Mac 2014
Fekah 2 - Ustaz Fadli

-Manusia selalu lupa dan lalai pada nikmat Allah. Lahirkan rasa syukur kpd Allah di dalam diri kita. Selalu lah basahkan lidah kita dgn ucapan 'Alhamdulillah'.
AIR LAUT SUCI
-Seorang sahabat bertanya pada Rasulullah sama ada boleh atau tidak menggunakan air laut utk berwuduk. Rasulullah tidak menjawab ya @ tidak tetapi baginda menjawab dengan fatwa "Air laut itu suci lagi menyucikan lagi halal bangkai di dlm nya".
-Maksud nya air laut sah digunakan utk berwuduk dan sekaligus Rasulullah menerangkan halal bangkai di dlm laut utk kita makan. Tetapi cuma halal memakan bangkai di dlm laut yg hidupnya di laut dan matinya juga di laut.


Tuesday, March 11, 2014

11hb Mac 2014 Talaqqi-Sirah Ustaz Rahim

11hb Mac 2014

Talaqqi-Sirah Ustaz Rahim
-Mempelajari sirah Rasulullah SAW bkn sekadar mengetahui peristiwa & sejarah / mempelajari sejarah biasa tapi utk memahami tasawwur (gambaran) Islam yang hakiki khususnya di zaman pembentukan iman & tuntutan nya di dalam diri setiap individu, rumah tangga, masyarakat & negara (sama ada berhubung dgn aqidah, syariat & juga nizam serta akhlak).-Para sahabat bertanya kan sesuatu kpd Rasulullah SAW, jika Rasulullah hanya diam, tanda baginda setuju.-Kita blaja sirah bkn semata mata nak tahu bila Rasulullah lahir, umur, nama, dan bila wafatnya baginda. Tapi kita mendalami kisah2 Rasulullah. Apa yg baginda lalui supaya menjadi pengajaran pd kita.