Friday, April 25, 2014

23hb April 2014 Fekah 2 - Ustaz Fadli


23hb April 2014
Fekah 2 - Ustaz Fadli
HUKUM MANDI SESEORANG DARI AIR BEKAS LEBIHAN ISTERINYA DAN SEBALIKNYA.
●Hadith No 9 (Kitab Bulughul Maram)

Disebutkan dari seorg sahabat Nabi SAW yg telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW MELARANG wanita mandi dengan air sisa mandi suaminya, atau lelaki mandi dengan  air sisa mandi isterinya. Musaddad menambahkan, akan tetapi hendaklah kedua duanya menceduk air bersama. Hadith dikeluarkan oleh Abu Daud dan Nasa'I ; sanad hadith berpredikat.


(Hadith ini sahih menurut Syeikh Nasiruddin Al Albani)

●Hadith No 10 (Kitab Bulughul Maram)

Ibnu Abbas r.a dalam hadith yg diceritakannya menyebutkan, bahawa Nabi SAW pernah mandi dengan air sisa mandi Maimunah r.a. Hadith dikeluarkan oleh Muslim.

(Hadith ini sahih menurut Syeikh Nasiruddin Al Albani)

●Hadith No 10 (Kitab Bulughul Maram)

Menurut Ash-Habus Sunan disebutkan, bahawa salah seorang isteri Nabi SAW pernah mandi dari sebuah panci, kemudian datanglah Nabi SAW utk mandi dari bekas yang sama, maka isterinya itu berkata kepadanya, "Sesungguhnya tadi saya habis mandi jinabah (junub)". Maka Nabi SAW menjawab "Sesungguhnya air ini tidak terkena jinabah". Dinilai sahih oleh Tirmizi dan Ibnu Khuzaimah.

(Hadith ini sahih menurut Syeikh Nasiruddin Al Albani)

-Ketiga tiga hadith ini sedang menceritakan tentang mandi junub.

-Jika ada lebih dari satu hadith tentang sesuatu itu sahih tetapi berselisih maknanya, kaedah yg digunakan ialah menjamakkan / mengumpul semua hadith tersebut utk mengeluarkan satu hokum.

-Rujuk kepada hadith No 9, Rasulullah melarang suami mandi dari bekas sisa mandian isteri yg baru lepas mandi junub. Sama juga isteri dilarang mandi dengan bekas sisa mandian suami yg baru lepas mandi junub.
-Tapi, bila kita rujuk hadith 10 & 11, hadith menyatakan bahawa Rasulullah juga pernah mandi junub bersama isteri baginda. Kesemua Hadith tersebut adalah sahih.
-Disebabkan perkara ini ada 3 hadith yg sahih,jadi semua hadith dikumpulkan utk mengeluarkan 1 hukum.
-Apabila Nabi SAW melarangan di dalam setiap hadith maka ada 2 maksud iaitu HARAM / MAKRUH.
-Larangan di dalam hadith nombor 9 ini hukumnya makruh.

KUNCI KATA
-Suami dan isteri mandi junub bersama adalah sunnah.
-Makruh hukumnya jika mandi junub dari sisa mandian isteri / suami jika air kurang dari 2 kolah.
- Kemuncak hukum adalah harus mandi dari lebihan mandian isteri / suami.

No comments:

Post a Comment