Thursday, April 24, 2014

24hb April 2014 Sirah - Ustaz Rahim Nasir

24hb April 2014
Sirah - Ustaz Rahim Nasir

Apa sahaja yang kita pelajari, pasti ada matlamat yang igin dicapai. Sama macam kita belajar sirah. Antara matlamat yang akan dicapai ialah ;

1-Memahami peribadi Rasulullah SAW di dlm kehidupannya dan situasi yang dialaminya bagi meyakinkan diri kita bahawa baginda bukan sahaja tokoh
dikalangan kaumnya tetapi lebih dari itu ialah sebagai seorang Rasul yang didokong dan disokong dengan
wahyu dan sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah.
2-Mendapat gambaran yang jelas dari contoh yang paling baik di dalam kehidupan yang paling berakhlak dan bernilai tinggi yang menjadi perlembagaan hidup yang wajib dipegang dan semestinya mendapat kejayaan didunia dan akhirat yang hanya wujud di dalam perjalanan hidup Rasulullah SAW.
3-Dapat memahami kitab Allah dengan cara yang betul melalui penghayatan dan merasai roh dan matlamatnya kerana kebanyakkan ayat-ayat Al Quran itu ditafsirkan oleh peristiwa yang dilalui oleh Rasulullah SAW.

-Hal akhirat, kita wajib ikut Rasulullah SAW kerana baginda bersandar berdasarkan wahyu yang diturunkan Allah kepada baginda.
-Jika kita gunakan akal untuk timbang agama, maka kita akan gagal.
-Kita sebagai hamba Allah tidak ada hak walau sedikit pun untuk mempertikaikan apa-apa perkara kepada Allah.
-Langit dan bumi milik Allah. Segala apa yang ada di bumi ini adalah milik Allah. Allah sahaja yang berhak untuk membuat keputusan sama ada kita ke syurga atau neraka.
-Pelajari dan hayati sirah Rasulullah SAW seperti baginda masih hidup.
-Setiap apa yang berlaku di dalam kehidupan Rasulullah SAW menjadi pengajaran kepada umat Islam.
-Allah SWT mengangkat darjat Rasulullah SAW bukan kerana amalannya tetapi kerana akhlaknya yang terpuji. TItu tidak bermakna amalannya tidak hebat. Amalan Rasulullah sangat hebat tetapi akhlak baginda cukup mulia dan terbaik.
-Tidak ada alasan untuk kita tidak memahami Al-Quran kerana kita diwajibkan untuk mencari dan menuntut ilmu.

Pesan Tuan Guru Ustaz.

-Teruskan pengajian selagi hayat dikandung badan kerana kita tidak pasti bila nyawa kita akan dicabut oleh Allah SWT.
-Apa sahaja yang kita lakukan, jangan berhenti bergantung kepada Allah.
Jangan putus perhubungan/connection dengan Allah.
-Elak kan berputus asa dalam kehidupan. Islam melarang keras kita berputus asa. Teruskan usaha, ikhtiar dan berdoa.
-Allah telah membekal kan senjata yang paling hebat buat kita iaitu doa.

-Letak kan keyakinan diri kita pada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment