Thursday, May 8, 2014

07hb Mei 2014 Tauhid 1 - Ustaz Sanusi

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Mazhab Ahli Sunnah Wal Jemaah 


Rumusan.

Islam hanya mengakui 4 orang khalifah Islam sahaja sebagai Khulafah Ar-Rashidin yang disuruh oleh Nabi Muhammad SAW mengikutnya iaitu Saidian Abu Bakar, Saidina Umar Ibnu Khattab, Saidina Uthman Bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib

Mazhab Ahli Sunnah Wal Jemaah 

 1. Selain daripada Saidina Ali Bin Abi Talib dan anaknya Saidina Hasan tidak seorang pun yang dilantik oleh jumhur umat Islam menjadi khalifah dan jumhur umat Islam tidak mengakui imam-imam firqah syiah yang dilantik oleh orang-orang syiah sebagai khalifah Islam.

 2. Jumhur umat Islam hanya mengakui 4 orang khalifah Islam sahaja sebagai Khulafah Ar-Rashidin yang disuruh oleh Nabi Muhammad SAW mengikutnya iaitu Saidian Abu Bakar, Saidina Umar Ibnu Khattab, Saidina Uthman Bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib.

 3. Khalifah Islam yang empat inilah yang dimaksudkan oleh hadith Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al Tirmizi : "Peganglah dengan teguh sunnahku dan sunnah khulafah ar-rashidin yang dapat petunjuk selepas aku, dan berpegang teguhlah dengan geraham mu."

4. Pengikut-pengikut ASWJ menghormati imam-imam orang syiah kerana mereka adalah keturunan dan anak cucu Nabi Muhammad SAW.

 5. Ada diantara imam-imam orang syiah tidak mahu dilantik menjadi khalifah kerana mereka mengakui perlantikan khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman adalah sah.

 6. Syiah adalah kumpulan yang paling awal menyeleweng dari Islam. Syiah diasaskan oleh Abdullah Bin Saba'. Berbangsa yahudi, berpura2 memeluk agama Islam tapi munafik, cuba untuk menghancurkan agama Islam.

 7. Ciri2 yang perlu ada untuk menjadi khalifah Islam ;
a. Berilmu (Tahu dan faham Al Quran dan Hadith)
 b. Adil (Tidak boleh dilantik dari kalangan orang-orang yang fasik)
c. Berpuasa (Mampu mengendalikan tugas)
d. Sempurna anggota badan
e. Berbangsa Quraisy

والله أعلمُ بالـصـواب 

No comments:

Post a Comment