Tuesday, April 15, 2014

15hb April 2014 Tauhid 2 - Ustaz Yunus

15hb April 2014
Tauhid 2 - Ustaz Yunus

-Zat Allah tidak dpt dilihat dengan mata kasar.
-Haram hukumnya memukul di bhgn muka sehingga mencederakan seseorg walaupun anak sndr walau ape pun alasannya.
-Ciri2 org beriman, seseorg itu tak kan ada sifat berputus asa dan keluh kesah.
-Setiap ciptaan Allah tiada yang sia sia.
-Perlu sentiasa memperbaiki diri dan berserah kpd Allah.
-Bila Allah dah beri taufik hidayah pd seseorg itu, dan org itu baru belajar utk membaca Al Quran, Allah berikan dua pahala. Iaitu pahala susahnya nak baca Al Quran dan pahala membaca Al Quran.
-Ada dosa Allah ampunkan pd seseorg itu dengan masalah yg menimpanya.



-Org yg beriman akan sentiasa yakin ada hikmah pd setiap kejadian yg berlaku.
-Org yg beriman sentiasa ingat bahawa Allah itu betul di dalam setiap perkara.
-Kita wajib ketahui sifat2 Allah dan bergantung kepada Allah.
-Faedah belajar ilmu tauhid ialah dapat memantapkan keyakinan kepada Allah.
-Allah bersama kita di mana sahaja kita berada.
-Sifat Ikhlas di dlm diri seseorg, hanya Allah saja yang tahu.
-Kita tak ada hak nak menghukum seseorg tapi kita cuma bole berbicara tentang hukum.
-Setiap saat, berlaku hukum.
-Manusia suke mengambil perkiraan manusia dari perkiraan Allah sedangkan perkiraan Allah lebih penting.
-Setiap perkara yang kita lakukan, kne ade connection dgn Allah. Maknanya kne sentiasa ingat pada Allah.
-Allah menzahirkan Rasul bkn krn Allah perlukan Rasul tetapi Allah nak tunjuk kan kuasa Allah. Allah menzahirkan Rasul utk menyampaikan berita baik, menyampaikan wahyu Allah dan sbgnya.
-Allah bentangkan jalan seluas luasnya ke syurga, tapi manusia yg memilih utk ke jalan neraka.
-Manusia bertindak dengan akal dan ilmu yg mereka ada.
-Bila kita berusaha, dan usaha kita berjaya, ucap lah Alhamdulillah krn kejayaan itu datangnya dari Allah.
-Tidak percaya pd satu huruf dlm Al Quran, rosak akidah.
-Beramal lah dengan ilmu.
-Perlu yakin 100% Allah itu tuhan.
-Akal manusia xkemana jika nak dibandingkan dgn kuasa Allah.
-Org yg takabur dan merasa diri hebat adalah org yang paling cepat diazab oleh Allah.
-Mengerjakan ibadat perlu niat kerana Allah Taala. Fokus didlm mencari keredhaan Allah.

No comments:

Post a Comment