Thursday, April 3, 2014

03hb April 2014 Fekah 1 - Ustaz Zaki

03hb April 2014
Fekah 1 - Ustaz Zaki

Sifat Maani (Sifat yg ada pada zat Allah. Jika dibuka hijab kita, kita boleh lihat)

1-Hidup
•Allah hidup dgn tiada bernyawa dan mustahil Dia mati.
•Jika kita percaya Allah hidup dengan Roh maka rosak akidah kita (murtad)
•Roh adalah urusan Allah. Hanya Allah shj yg tahu tentang Roh.

2-Tahu
•Allah mengetahui dan mustahil Dia bebal,yakni tidak mengetahui sesuatu benda.
•Apa yg berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku, zahir/batin, Allah tahu.


3-Kuasa
•Allah berkuasa dan mustahil Dia lemah spt pd menjadikan sesuatu drpd alam ini.
•Allah maha berkuasa tetapi tidak terlibat dengan perkara mustahil.

4-Kehendak
•Allah berkehendak dan mustahil Dia tiada berkehendak.
•Allah tidak dipaksa. Semua yg Allah buat adalah di atas kehendak Allah.

5-Dengar
•Allah mendengar dan mustahil Dia tuli.

6-Lihat.
•Allah melihat tanpa mata dan mustahil Dia buta.
•Sentiasalah  sebut, Allah tahu, Allah dengar, Allah lihat. Daripada Allah, Dengan Allah, Kepada Allah.

7-Berkata
•Allah berkata2 tiada dgn lidah, tiada dgn berhuruf, tiada dengan suara dan Dia tiada diam dari berkata2 dan mustahil Dia kelu @ kata2 Nya serupa dgn yg baharu.
•Al Quran yg kita baca adalah kalam Allah yg dipanggil Kalamul Lafdzi. Al Quran adalah makhluk krn berhuruf, berbunyi dan ditulis di atas kertas.
•Maksud tiada diam adalah sifat kalam Allah Taala yakni Al Quran yg tidak pernah berpisah dr Allah.

**Kalam terbahagi kpd dua iaitu ;
Kalam Nafsi ( Tiada berlafaz. Bukan makhluk. Ada pada zat Allah.)

Kalam Lafdzi ( Al Quran )

No comments:

Post a Comment