Thursday, March 27, 2014

27hb Mac 2014 Sirah-Ust Rahim Nasir

27hb Mac 2014
Sirah-Ust Rahim Nasir

- Mengingati Rasulullah SAW bkn sekadar slogan2 yg ditulis di atas sepanduk2. Tetapi kita perlu belajar mengenali Rasulullah SAW dgn mempelajari Sirah baginda supaya kita dapat mengenali islam yg benar dan supaya kita dpt lakukan apa yg Rasulullah SAW dan para sahabat baginda lakukan di zaman baginda dulu.

-Para sahabat bermati matian mengikut sunnah Rasulullah tanpa ada rasa berbelah bagi.

-Sedikit info berkenaan akhlak baginda Rasulullah SAW. Anas Bin Malik adalah sahabat baginda yg telah berkhidmat kepada baginda Rasulullah dan Anas Bin Malik mengatakan selama 10 tahun itu, sekalipun baginda tidak pernah marah pada Anas Bin Malik.


-Saidina Omar bertanya pada seorg sahabat Rasulullah bernama Ubai Bin Ka'ab berkenaan takwa. Lalu Ubai Bin Ka'ab menjawab soalan Saidina Omar dengan soalan iaitu "Pernahkah kamu berjalan di atas kawasan berduri, berbatu dan tajam?". Jawab Saidina Omar "Pernah". Bertanya lagi Ubai Bin Ka'ab kpd Saidina Omar "Bagaimana kamu melalui jalan tersebut?". Jawab Saidina Omar, "Berjalan dengan berhati2 supaya tidak terkena duri dan batu2 tajam itu." Lalu Ubai Bin Ka'ab berkata, "Itulah takwa".

-Bertakwa perlu berhati2 dan perlu ikut aturan.

-Selawat lah sebanyak mungkin maka akan tenang jiwa, Allah akan hilangkan kedukaan dan kebimbangan dlm hidup dan Allah ampunkan dosa2.

-Berqasidah/bernasyid adalah salah satu cara utk menunjukkan rasa cinta pasa Rasulullah SAW dan ianya tidak dilarang sama sekali. Cuma kita perlu ingat, ada perkara yang lebih besar menunggu kita iaitu AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR. Mengajak berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

-Sabda Rasulullah SAW "Siapa yg melihat kemungkaran, segeralah diubah dgn tangan/kuasa yang ada. Kalau tak mampu dengan tangan/kuasa, cegahlah dengan mulut (teguran), kalau tak mampu juga, cegahlah dengan hati (benci perkara kemungkaran di dlm hati).

"Dan tinggalkanlah orang2 yg menjadikan agama mereka sebagai main2 dan senda gurau dan mereka telah ditipu dengan kehidupan dunia, peringatkanlah mereka dengan Al Quran agar mereka tidak dijerumuskan kedalam neraka kerana perbuatan mereka sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak ada pula pemberi syafaat selain drpd Allah, dan jika ia menebus dgn segala macam tebusan pun nescaya tidak akan diterima daripadanya. Mereka itu lah org2 yg dijerumuskan ke dlm Neraka disebabkan perbuatan mereka sendiri. Bagi mereka disediakan minuman dari air yg sedang mendidih dan azab yg pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu" (Surah Al An'am : Ayat 70)

-Agama Islam tidak boleh dipermain2kan. Kata Allah, tinggalkanlah golongan2 ini (yg mempersendakan agama) kerana mereka telah tertipu dengan dunia.

-Dunia ni tempat ujian Allah. Allah nak tgk siapa yg lulus / tak lulus dengan ujian dan dugaan yg Allah turunkan.

-Peringatkan golongan2 yg jahil ini dengan medium yg ada spt facebook, twitter, dan sbgnya dengan memberi nasihat2 dan mengajak melalukan kebaikan.

-Di akhir zaman, kita perlu cerdik menggunakan apa yg ada disekeliling kita dgn betul.

-Yang melindungi kita adalah Allah SWT. Hubungan kita dengan Allah mesti elok dan kemas.

-Terlalu banyak nikmat yg Allah beri pd hamba Nya dengan percuma. Allah cuma minta kita sujud kepada Nya dan patuh pada arahan Nya.

-Ingatlah, bila Allah beri seksa dalam Neraka, Allah akan seksa betul2. Cerita masuk neraka tak ada yg seronok. Semua mengerikan.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment