Wednesday, March 26, 2014

26hb Mac 2014 Fekah 1 - Ust Fadli

26hb Mac 2014
Fekah 1 - Ust Fadli

BAB AIR
Hadis 5
Disebutkan dari Abdullah Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda apabila kapasiti air mencapai dua kolah tidak mengandungi najis. Namun menurut redaksi(riwayat) yg lain disebutkan tidak najis. Hadis diketengahkan oleh Arba'ah, dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim dan Ibnu Hibban.

-Apabila air melebihi dua kolah, maka air itu tidak akan menajiskan dan dinajiskan.
-Mengikut pandangan Imam Syafie, tidak kira air itu 




sedikit/banyak selagi ia tidak merubah warna, rasa dan bau, air itu adalah air mutlak yg suci lagi menyucikan.
-Dlm hadis 5 ni, Rasulullah SAW menyatakan bahawa air yang banyak, mustahil utk dinajiskan.
-Air Mustakmal maksudnya Air yg telah digunakan. Air nya suci ttp tidak boleh menyucikan.
-Tetapi tak ada istilah air mustakmal.
-Sabda Rasulullah " Sesungguhnya org mukmin itu bukan najis dan menajiskan ". Diriwayatkan oleh Abu Daud & At Tarmidzi.

Pesan Ust Fadli 
-Kita harus melihat Islam dlm konteks keseluruhan. Bkn melihat Islam dlm satu bahagian shj. Islam ni luas dan mudah.

No comments:

Post a Comment