Monday, March 17, 2014

17hb Mac 2014 Kelas Talaqqi MAR - Hadis (Ust. Fazlul)

17hb Mac 2014
Kelas Talaqqi MAR - Hadis (Ust. Fazlul)


"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan didunia ini bagaikan air yg Kami turunkan dari langit, maka tumbuh karenanya tumbuh tumbuhan bumi yg dpt di mkn oleh manusia dan ternak. Dan ketika bumi telah dihias indah sehingga penduduknya mengira telah berkuasa sepenuhnya tiba2 datanglah bencana yg Kami turunkan di waktu malam atau siang hari, maka Kami jadikan semua bangunan itu bagaikan tersapu bersih, bagaikan tanaman yg telah habis diketam, seolah olah kemarinnya memang tidak ada apa2. Demikianlah Kami menjelaskan tanda2 kekuasaan bagi mereka yg berfikir" (Yunus, 10 : 24)




- Dunia ini tempat kita mengabdikan diri kpd Allah. Barangsiapa yg mengabdikan diri kpd Allah didunia, maka org itu lah yg bahagia di dunia dan akhirat. Barangsiapa yg tidak mengabdikan diri kpd Allah maka org itu adalah org yg tertipu oleh dunia.
- Hujan adalah rahmat dari Allah dimana turunnya hujan, semua makhluk Allah akan mendapat manfaat dr hujan itu.
- Jika Allah tidak turunkan hujan, maknanya allah sedang menurunkan bala.
- Ada 2 sbb Allah tidak menurunkan hujan.
1- Krn sifat hamba Nya yg tidak jujur dan tidak amanah sama ada di dlm perniagaan,keluarga,kepimpinan dan sebagainya. 
2- Tidak membayar zakat. Bakhil kpd yg memerlukan. Pemurah dalam melakukan dosa dan maksiat.
- Ada masa Allah turunkan hujan krn ada binatang2 yg memerlukan air. Cuba kita tanya pd diri kita sndr, hujan yg turun ni adakah kerana doa kita ataupun krn binatang2 yg memerlukan air ? Perbanyak kan muhasabah diri.
- Ada golongan yg tidak bersyukur kpd Allah dimana mereka berfikir kehidupan yg mereka ada, rezeki yg mereka dpt adalah krn usaha mereka dan bukan kerana pemberian Allah. Lama kelamaan golongan seperti ini akan merasa tidak perlu nya Allah di dalam hidup mereka.
- Mereka yg mengkufuri nikmat2 Allah dan bermaksiat kpd Allah, Allah akan tarik nikmat yg diberi dan digantikan dgn 2 bala iaitu ;-
1- Kelaparan ( negara tersebut menghadapi masalah ekonomi,susah mencari rezeki )
2- Ketakutan ( mereka rasa tidak selamat krn banyak nya kejahatan, jenayah, maksiat yg membimbangkan )
- Bencana dtg pd bila2 masa, secara tiba2 dan tanpa disangka.
- Kita perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi bala, ujian dan mati. Setiap masa kita perlu beriman kpd Allah, tidak boleh lalai walaupun sesaat.
- Hamba Allah terbahagi kpd 3 tingakatan ;-
1- Jenis manusia yg beribadat tetapi beribadat krn nak masuk syurga. Ini adalah tidak salah krn ini yg dijanjikan oleh Allah. Cuma jenis manusia seperti ini senang terdedah dgn gangguan syaitan dimana senang mendapat riak dan takbur. Ia akan merosak kan amal ibadat kita.
2- Jenis manusia yang beribadat krn mahukan hidayah Allah. Ini yg kita harapkan dari Allah cuma terdpt sedikit mslh dimana ada masa dan kadang kala jenis tingkatan ini menjadi lalai tp bila tersedar dr kelalaian akan kembali semula kpd Allah.
3- Tingkatan Al Arifin ( paling tinggi ) dimana jenis manusia yang melaksanakan apa sahaja semata mata kerana Allah dan pasti mendapat hidayah dan syurga.
- Bila kita melakukan sesuatu kerana Allah, dan sentiasa ingat pada Allah, kita tidak akan berani berbuat dosa.
- Sentiasalah berdoa supaya Allah letakkan kita di dalam golongan org yg sentiasa ingat pada Allah, bersyukur pd Allah dan minta pd Allah supaya Allah sempurnakan ibadat yg kita lakukan.
- Diantara tanda2 Allah makbulkan doa kita, Allah campakkan rasa sayang dan suka kepada majlis2 ilmu. Allah letakkan rasa kesungguhan pd kita utk ke majlis ilmu dan menuntut ilmu kerana majlis ilmu adalah tempat yg sentiasa mengingatkan kita pada Allah.
- Apabila seseorg yg sedang nazak, sangat mengharapkan rahmat Allah dan takut dengan dosa2 yg telah dilakukan, Rasulullah menjamin org itu akan mendpt rahmat Allah dan diselamatkan org itu dr apa yg dibimbangkan. Tetapi sbg hamba Allah kita wajib beriman dan beribadat kpd Allah.
- Kehidupan yg paling selamat dan bahagia dunia & akhirat adalah dengan mengikut jalan Islam dan sunnah Rasulullah SAW.

Salah seorang penyair Arab mengatakan :

"Sesungguhnya ada hamba2 Allah yg cerdik, iaitu yg tidak mementingkan masalah dunia kerana mereka takut fitnah. 
Mereka sgt berhati2 terhadap dunia, kemudian ketika mereka mengerti bahawa dunia bukanlah tempat tinggal utk hidup selama lamanya;
Kemudian mereka menganggap dunia ini bak lautan dan mereka menjadikan amal2 soleh sbg sampan utk mengharunginya."

No comments:

Post a Comment