Monday, March 24, 2014

24hb Mac 2014 Hadis - Ust Fazlul

24hb Mac 2014
Hadis - Ust Fazlul

Allah Taala Berfirman,
"Tolong menolonglah kamu sekalian dalam kebajikan dan takwa" (Al-Maidah, 5:2)

Allah memerintahkan supaya tolong menolong dlm perkara kebaikan dan ketakwaan. Allah ingatkan supaya jangan tlg menolong dlm perkara maksiat dan membawa ke jalan dosa.

Lelaki dan perempuan yg beriman, saling tolong menolong dan bekerjasama dalam melaksankan perkara2 kebaikan dan ketakwaan adalah melaksanakan jihad ke jalan Allah dan ini adalah kerjasama yg besar disisi Allah.


Usahalah melakukan 4 perkara ini dalam memenuhi hari2 kita supaya tidak sia2 masa yang ada ;

1-Menuntut ilmu
2-Melaksankan ibadat sunat spt solat sunat/zikir/istighfar. Dan jgn lupa baca zikir ini setiap pagi dan malam. RADINA BILLAHI RABBA, WABIL ISLAMI DINA,WABI MUHAMMADIN NABIYA WARASULAN.
3-Mencari rezeki yg halal. Kerana ini termasuk di dlm ibadah di sisi Allah.
4-Bantu membantu di kadar kemampuan kita.

Rasulullah bersabda,
"Allah sentiasa memberi pertolongan kpd hamba Nya selama hamba itu memberi pertolongan kpd saudaranya"

Jika kita membantu orang, Allah akan membantu kita dgn berbagai kurniaan yg hebat. Allah akan beri keampunan kepada siapa yg membantu saudaranya. Syaitan akan selalu menggoda dan menghasut kita supaya kita tidak membantu org. Bertakwalah kpd Allah, Allah akan keluarkan kita dari kesusahan.

Baginda bersabda lagi,
"Barangsiapa yg menunjukkan kebaikan maka ia mendapat pahala spt pahala org yg mengerjakannya"

Bila kita nak buat kebaikan, tapi kita risau kan mulut org yg akan berkata kita riak/takbur, kita da syirik pd Allah. Kita kne lawan perasaan riak/takbur tu. Kita perlu bersegera melakukan kebaikan. Tunjukkan kebaikan kpd mereka yg jahil supaya mereka mendapat hidayah n petunjuk dr Allah.

Ada 2 jenis iri hati yang dibenarkan ;

1-Iri hati pada org kaya yang dermawan. Ingin jadi mcm tu sbb nak bantu org n nak bnyk bersedekah.
2-Iri hati krn ilmu seseorang. Nak jadi berilmu spt org tu dan menyebarkan ilmu.

Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa yg mengajak kpd petunjuk/kebaikan maka ia mendpt pahala spt pahala2 org yg mengikutinya, dan demikian itu tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun"

Ajak org berbuat baik, kita alkan dapat pahala. Bila org ikut berbuat kebaikan, kita dpt lagi pahala. Kerana kita dan usaha kita, ada org yg mendpt hidayah Allah, besar pahala kita di sisi Allah. Jangan pernah abaikan org yg jahil, mereka jahil krn mereka tak tahu. Kita perlu tunjukkan kebaikan.

5 sifat umat Nabi Muhammad SAW yg sebenar ;

1-Redha dgn rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan walaupun sedikit.
2-Meninggalkan sebarang bentuk kezaliman walaupun terhadap binatang.
3-Meninggalkan makanan halal berlebih-lebihan. (Jgn makan berlebih lebihan krn akan menyebabkan penyakit, keras hati dan tidak ada belas kasihan)
4-Tinggalkan perkara yg tak mendtgkan faedah/perkara yg mendtgkan dosa.
5-Tidak abaikan org2 yg jahil & berdosa.

Usahalah supaya org yg jahil mendpt hidayah Allah. Org yg jahil ni klu dpt hidayah, lebih hebat. Bila mereka mendpt hidayah, mereka pegang bersggh2. Di akhir zaman ni, org yg akan menangkan islam adalah org yg dulunya FASIK.

No comments:

Post a Comment