Tuesday, March 18, 2014

18hb Mac 2014 Tauhid 2 - Ust. Yunus

18hb Mac 2014
Tauhid 2 - Ust. Yunus

- Perlu beradab dengan keluarga dan keturunan Nabi Muhammad SAW.
- Rasulullah pernah bersabda siapa yg bertakwa kepada Baginda adalah keluarga Baginda.
- Mereka (sahabat2 Rasulullah) dapat petunjuk dari dalil-dalil Rasulullah SAW.
- Kekuatan ilmu Islam adalah berdasarkan hadis.
- Umat 3 kurun pertama adalah umat yg terbaik.
- Imam Syafi'e duduk di kurun yg ke-3.
- Sunat menyebut Ammaba' jika nak memulakan sesuatu tulisan/penyampaian. Cth : Meeting.



- Wajib kita beramal makan akan datang kekuatan yg meyakinkan kita pada Allah SWT.
- Kita yg masih bertatih mempelajari ilmu Islam tidak layak untuk menghentam para ulama'.
- Fitnah org biasa, berdosa. Fitnah alim ulama', Allah turunkan bala.
- Allah boleh beri kita apa shj yg kita minta tapi cuba kita tanya diri kita. Mampukah kita ikut syarat2 Allah ?
- Jangan menghina org yg mati di dalam keadaan tidak baik. Berdoa shj dan ambil iktibar. Bole jadi semasa org itu menjalani sakaratulmaut, Allah ampunkan dosa2 dia. 
- Sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa bersangka baik pd Allah dan hamba2 Nya yg lain.
- Rasulullah SAW berdoa kpd Allah supaya Allah tangguhkan balasan dosa utk umat baginda iaitu kita dan Allah perkenankan doa Baginda.
- Di zaman Nabi Musa, setiap dosa yg dilakukan, Allah balas secara CASH.
- 4 perkara yg dipegang oleh Ahli Sunnah Wa Jemaah iaitu Al Quran, Hadis, ijma' dan Qias.
- Selawat ke atas nabi 300 kali sehari, Insya Allah akan terbuka lorong2 utk kita berbuat kebaikan.
- Barangsiapa yg bercakap hal dunia yg tidak penting ketika azan sedang berkumandang, dikhuatiri akan mati dan keadaan su'ul khotimah.
- Selalulah berdoa supaya hati kita bersih & segala apa yg keluar dari mulut kita membawa manfaat.
- Sebagai umat Islam wajib kita pelajari ilmu fardhu ain iaitu Tauhid (aqidah), Fekah (syariat) dan Tasawwuf (akhlak).
- Kita juga wajib tahu 10 mazmumah & 10 mahmudah.
- Iman penting dalam hidup kita. Tak guna jika kita kaya raya tapi tak punya iman.

No comments:

Post a Comment