Friday, May 9, 2014

08hb Mei 2014 Fekah 1 - Ustaz Zaki

       بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

   1.      Sifat Yang Wajib Bagi Sekalian Nabi Yang Diutuskan Ada Tiga Perkara ;

   a.       Benar
     Yakni kita wajib mengiktikadkan segala nabi yang menjadi rasul itu bersifat benar pada yang diceritakan mengenai segala ceritera yang ghaib sama ada cerita berkaitan dunia atau akhirat seperti
seksa kubur dan pada segala kelakuan hari kiamat, cerita syurga dengan nikmatnya dan cerita neraka dengan azabnya dan lainnya daripada segala cerita yang ghaib-ghaib daripada pekerjaan agama atau dunia. Maka sekaliannya itu benar dan mustahil atas mereka berdusta.


-Kubur adalah stesen pertama kita selepas mati. Jika selamat dikubur, insya Allah selamat di stesen-stesen akan datang.
-Allah memberi azab ketika di kubur adalah untuk meringankan dosa2 org mukmin sblm dibangkitkan di hari kiamat.
-Orang yang mati dalam keadaan beriman kepada Allah, tidak akan selamanya kekal dalam neraka. Yang kekal dalam neraka adalah org kafir.
-Menghalalkan benda yang haram, mengharamkan benda yang halal akan jadi kafir.

b.      Kepercayaan
Yakni kita wajib mengiktikadkan segala nabi yang menjadi rasul itu mereka terpelihara daripada mengerjakan apa yang ditegahkan oleh Allah sama ada ditegahkan itu haram/makruh dan dia tidak menukarkan apa yang disampaikan kepada kita itu seperti ditukarkan yang haram dan yang makruh itu kepada taat atau sebagainya. Dan mustahil bagi mereka itu khianat dengan mengerjakan yang ditegah oleh Allah Taala terhadap mereka kerana sekalian mereka terpelihara daripada mengerjakan dosa besar dan dosa kecil sebelum dan selepas menjadi pesuruh Allah.

c.       Menyampai
Yakni kita wajib mengiktikadkan bahawa segala rasul itu menyampaikan kpd sekalian umatnya apa yang dititahkan oleh Allah Taala kepada mereka. Mustahil atas mereka menyembunyikannya walaupun sepatah. Dan yang harus bagi sekalian rasul itu berperangai dengan tubuh manusia yang tiada membawa kekurangan pada martabat mereka yang tinggi spt makan dan minum, beristeri, berniaga dan sebagainya. Dan mustahil atas mereka tidak mempunyai sifat2 kemanusiaan dan mempunyai kelakuan yang mengurangkan martabat mereka seperti sopak,kedal, pekong, budok dan sebagainya. Wallahualam.


2.      Ilmu fardhu wajib disampaikan.

3.      Fasal Iman
Iman ada 2 perkara ;
a.       Iman keseluruhan
b.      Iman terperinci
c.       Iman Keseluruhan ada 2 perkara.
                                                              i.      Aku percaya kpd Allah Taala dan apa yang difirmankan oleh Nya.
                                                            ii.      Aku percaya kpd Rasul Allah dan apa yang disabdakan olehnya.

4.      Tambahan
-Wajib Nabi-nabi itu adalah lelaki.
-Nabi mesti maksum. Terpelihara dari dosa.
-Nabi2 tidak lahir dari penzina. Semua dari keturunan yang baik dan bersih.

والله أعلمُ بالـصـواب

No comments:

Post a Comment