24hb April 2014
Sirah - Ustaz Rahim
Nasir

1-Memahami peribadi
Rasulullah SAW di dlm kehidupannya dan situasi yang dialaminya bagi meyakinkan
diri kita bahawa baginda bukan sahaja tokoh
dikalangan kaumnya tetapi lebih
dari itu ialah sebagai seorang Rasul yang didokong dan disokong dengan
wahyu
dan sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah.
2-Mendapat gambaran yang
jelas dari contoh yang paling baik di dalam kehidupan yang paling berakhlak dan
bernilai tinggi yang menjadi perlembagaan hidup yang wajib dipegang dan
semestinya mendapat kejayaan didunia dan akhirat yang hanya wujud di dalam
perjalanan hidup Rasulullah SAW.
3-Dapat memahami kitab
Allah dengan cara yang betul melalui penghayatan dan merasai roh dan
matlamatnya kerana kebanyakkan ayat-ayat Al Quran itu ditafsirkan oleh
peristiwa yang dilalui oleh Rasulullah SAW.
-Hal akhirat, kita wajib
ikut Rasulullah SAW kerana baginda bersandar berdasarkan wahyu yang diturunkan
Allah kepada baginda.
-Jika kita gunakan akal
untuk timbang agama, maka kita akan gagal.
-Kita sebagai hamba
Allah tidak ada hak walau sedikit pun untuk mempertikaikan apa-apa perkara kepada
Allah.
-Langit dan bumi milik
Allah. Segala apa yang ada di bumi ini adalah milik Allah. Allah sahaja yang
berhak untuk membuat keputusan sama ada kita ke syurga atau neraka.
-Pelajari dan hayati
sirah Rasulullah SAW seperti baginda masih hidup.
-Setiap apa yang berlaku
di dalam kehidupan Rasulullah SAW menjadi pengajaran kepada umat Islam.
-Allah SWT mengangkat
darjat Rasulullah SAW bukan kerana amalannya tetapi kerana akhlaknya yang
terpuji. TItu tidak bermakna amalannya tidak hebat. Amalan Rasulullah sangat
hebat tetapi akhlak baginda cukup mulia dan terbaik.
-Tidak ada alasan untuk
kita tidak memahami Al-Quran kerana kita diwajibkan untuk mencari dan menuntut
ilmu.
Pesan Tuan Guru Ustaz.
-Teruskan pengajian
selagi hayat dikandung badan kerana kita tidak pasti bila nyawa kita akan
dicabut oleh Allah SWT.
-Apa sahaja yang kita
lakukan, jangan berhenti bergantung kepada Allah.
Jangan putus perhubungan/connection
dengan Allah.
-Elak kan berputus asa
dalam kehidupan. Islam melarang keras kita berputus asa. Teruskan usaha,
ikhtiar dan berdoa.
-Allah telah membekal
kan senjata yang paling hebat buat kita iaitu doa.
-Letak kan keyakinan
diri kita pada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment