Tuesday, April 22, 2014

21hb April 2014 Hadis - Ustaz Fazlul Rahimi

21hb April 2014
Hadis - Ustaz Fazlul Rahimi

-Bila nak memulakan sesuatu hukum Islam, mesti dimulakan dgn firman Allah, diikuti dengan hadis. Hadis adalah utk menghuraikan/mentafsir firman Allah.

KAEDAH TAFSIRAN
• Tafsir pertama - Mentafsir Al Quran dgn ayat Al Quran/Hadis.
• Tafsir kedua - Mentafsir dgn pendapat2 ulama yg selayaknya dan tidak bercanggah dgn Al Quran dan Hadis.
• Tafsir ketiga - Ditafsirkan oleh para ulama sufi dgn kaedah tafsiran mereka sndr.


Firman Allah Taala "Mereka tidaklah diperintah kecuali supaya menyembah kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan agama dengan lurus, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Itulah agama yang lurus". (Al Bayyinah, 98:5)

Allah Taala berfirman "Tidaklah sampai kepada Allah daging atau darah korban tetapi yang sampai kepada Nya adalah taqwa dari kamu sekalian". (Al Hajj, 22:37)

Allah Taala berfirman " Katakanlah: Jika kamu sekalian merahsiakan atau menampakkan apa yang terkandung di dalam dadamu, niscaya Allah mengetahuinya". (Ali Imran, 3:29)

-Allah memerintahkan kepada kita utk menyembah Allah dgn ikhlas tanpa unsur2/tujuan2 lain.
-Jika nak semua ibadat kita diterima oleh Allah ;
• Mestilah ikhlas (semata mata krn Allah)
• Laksanakan ibadat dgn cara yg diajarkan oleh Rasulullah SAW.

5 perkara utk mendapatkan sifat ikhlas ;
• Mesti ada ilmu.
Sabda Rasulullah SAW " Pelajarilah ilmu Islam kerana dengan ilmu, membuatkan kamu takut kpd Allah".
• Bersahabat dgn org2 yg ikhlas,baik,beriman dan taat pd Allah. Krn org yg ikhlas tak akan membiarkan kita terus lalai. Rasulullah SAW mengajar kita utk berjemaah. Antara cara2 nya adalah dirumah2 Allah. (masjid,surau,majlis ilmu)
• Banyak kan membaca sirah Rasulullah SAW, para sahabat, tabi'in, alim ulama. Pelajari sifat ikhlas dari kisah2 tersebut.
• Bermujahadah.
Bersungguh melawan nafsu syahwat.
Sabda Rasulullah SAW "Tidak sempurna iman kamu sehingga nafsu kamu tunduk dengan apa yg dibawa oleh aku (syariat Nabi)".
• Berterusan memohon doa pada Allah.

SEJARAH SAIDINA UMAR

-Beliau adalah sahabat Rasulullah yg terkenal dan sgt hebat. 
-Imam Hanafi berkata "Golongan manusia yang paling mulia di sisi Allah selepas para Nabi dan Rasul adalah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali kemudian seluruh para sahabat Nabi SAW".
-Saidina Umar adalah seorg yg tegas dan bengis. Walaupun begitu, beliau seorg yg bijak. Beliau adalah di antara segelintir org Arab yang boleh membaca dan menulis.
-Beliau seorg yg terlalu fanatik dengan fahaman jahiliah. Beliau juga di antara org yg kuat menentang Rasulullah SAW. Ada beberapa kisah yang membuatkan hati beliau jadi lembut dan memeluk agama Islam.
-Beliau muda 13 tahun dari Rasulullah SAW.
-Beliau lah yang mula2 menggerak kan dakwah secara terang terangan.
-Beliau adalah khalifah pertama yang digelar Amirul Mukminin (pemimpin bg org2 beriman) selepas kewafatan Rasulullah SAW.
-Beliau berjaya menunduk kan kerajaan Rom & Parsi dan berjaya mengIslamkan seluruh tanah Arab.

No comments:

Post a Comment