23hb April 2014
Fekah
2 - Ustaz Fadli
HUKUM MANDI SESEORANG DARI AIR BEKAS LEBIHAN
ISTERINYA DAN SEBALIKNYA.

●Hadith No 9 (Kitab Bulughul Maram)
Disebutkan dari seorg sahabat Nabi SAW yg telah
mengatakan bahawa Rasulullah SAW MELARANG wanita mandi dengan air sisa mandi
suaminya, atau lelaki mandi dengan air
sisa mandi isterinya. Musaddad menambahkan, akan tetapi hendaklah kedua duanya
menceduk air bersama. Hadith dikeluarkan oleh Abu Daud dan Nasa'I ; sanad
hadith berpredikat.