Thursday, March 27, 2014

27hb Mac 2014 Sirah-Ust Rahim Nasir

27hb Mac 2014
Sirah-Ust Rahim Nasir

- Mengingati Rasulullah SAW bkn sekadar slogan2 yg ditulis di atas sepanduk2. Tetapi kita perlu belajar mengenali Rasulullah SAW dgn mempelajari Sirah baginda supaya kita dapat mengenali islam yg benar dan supaya kita dpt lakukan apa yg Rasulullah SAW dan para sahabat baginda lakukan di zaman baginda dulu.

-Para sahabat bermati matian mengikut sunnah Rasulullah tanpa ada rasa berbelah bagi.

-Sedikit info berkenaan akhlak baginda Rasulullah SAW. Anas Bin Malik adalah sahabat baginda yg telah berkhidmat kepada baginda Rasulullah dan Anas Bin Malik mengatakan selama 10 tahun itu, sekalipun baginda tidak pernah marah pada Anas Bin Malik.

Wednesday, March 26, 2014

26hb Mac 2014 Fekah 1 - Ust Fadli

26hb Mac 2014
Fekah 1 - Ust Fadli

BAB AIR
Hadis 5
Disebutkan dari Abdullah Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda apabila kapasiti air mencapai dua kolah tidak mengandungi najis. Namun menurut redaksi(riwayat) yg lain disebutkan tidak najis. Hadis diketengahkan oleh Arba'ah, dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim dan Ibnu Hibban.

-Apabila air melebihi dua kolah, maka air itu tidak akan menajiskan dan dinajiskan.
-Mengikut pandangan Imam Syafie, tidak kira air itu 


Monday, March 24, 2014

24hb Mac 2014 Hadis - Ust Fazlul

24hb Mac 2014
Hadis - Ust Fazlul

Allah Taala Berfirman,
"Tolong menolonglah kamu sekalian dalam kebajikan dan takwa" (Al-Maidah, 5:2)

Allah memerintahkan supaya tolong menolong dlm perkara kebaikan dan ketakwaan. Allah ingatkan supaya jangan tlg menolong dlm perkara maksiat dan membawa ke jalan dosa.

Lelaki dan perempuan yg beriman, saling tolong menolong dan bekerjasama dalam melaksankan perkara2 kebaikan dan ketakwaan adalah melaksanakan jihad ke jalan Allah dan ini adalah kerjasama yg besar disisi Allah.